10 Tip Simple dan Menarik Sebelum Anda Melancong ke Luar Negara

1
28

Travel?
Dulu selalu angan-angan untuk travel ke luar negara tambah-tambah di tempat famous contohnya Turki,England,Paris dan banyak lagi. Tetapi,apakah ilmu yang perlu ada sebelum bercuti ke luar negara? Apa yang perlu buat sebelum tu? Apa yang kena bawa? Banyak persoalan dan masalah yang bermain di minda kan?
So, jangan risau jangan sedih disini saya senaraikan tip-tip sebelum ke luar negara.

10 Tip penting sebelum bercuti ke luar negara yang anda perlu tahu:
1. Tempah tiket seawal 6 bulan. Kalau boleh,sebelum merancang untuk ke luar negara,kita dah survey tiket flight seawal mungkin. Ini bertujuan untuk mendapatkan tiket flight yang murah. Lagi awal lagi jimat!

2. Selidik atau study dahulu mengenai negara yang kita ingin kunjungi. Dari segi mata wang, bahasa,masyarakat dan sebagainya. So, takde lah korang terkapai-kapai kat sana nanti.

3. Tukar duit atau mata wang asing di pengurup mata wang sebelum berlepas. Anda juga digalakkan survey dahulu syarikat pengurup mata wang asing yang murah dan jimat.

4. Aktifkan kad debit dan kad kredit anda. Ini bagi memudahkan jika terjadi sebarang emergency case di negara orang.

5. Beli adaptor dan plug international. Setiap negara mempunyai plug yang berbeza. So,anda disarankan untuk membeli plug international dan benda ni adalah yang paling wajib! Kat MrDiy ada jual plug ni dan harganya cuma rm14.00. Murah bukan?

6. Beli travel kit bagi menjimatkan ruang bagasi anda. Travel kit memudahkan kita untuk packing barang dan yang paling penting,jimat ruang!

7. Kenali musim atau cuaca di negara tersebut.Contohnya,kalau musim sejuk, pastikan anda membawa sehelai baju sejuk, sepasang stokin tebal,sepasang sarung tangan dan sebagainya. Digalakkan untuk memakai pakaian yang selesa supaya percutian kita lebih bermakna.

8. Bawa bekalan makanan yang mencukupi. Sesetengah negara sukar untuk kita mencari makanan halal. Jadi,jangan biarkan perut anda kelaparan! Bawa makanan yang instant dan simple saja.Contohnya,roti ke,maggi ke, dan sebagainya.

9. Beli simkad negara tersebut. Simkad lebih murah berbanding roaming. Ini dapat menjimatkan duit anda!

10. Buat copy atau fotostat dokumen yang penting. Contohnya, passport. Passport adalah identiti kita atau ic kita di negara orang. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,lebih baik bersiap sedia lebih awal. Kan?
Diharapkan supaya 10 tip diatas membantu anda semua bercuti ke luar negara. Semoga bermanfaat!
Enjoy your holiday!

Ditulis oleh:
Noorfazlini bt.mohamad sakri

1 komen

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here