Budak OKU Dedah Rahsia Hafal Al-Quran Dalam Masa 2 Tahun

0
32

Orang kelainan upaya ialah mereka yang mempunyai kelainanan jangka panjang fizikal, mental intelektual atau deria. Ahmad Zahiruddin bin Zailani ialah seorang remaja kelainan upaya. Beliau menghadapi masalah autisme. Kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak ialah masalah yang dihadapi oleh Autisme. Kebanyakan anak autisme dianugerahkan deria penglihatan dan pendengaran yang tajam. Mereka akan menjadi lebih bijak dan cepat belajar daripada manusia tipikal.

Ahmad Zahiruddin bin Zailani, Graduan Diploma Al-Quran, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Kubu Bharu telah membuktikan insan istimewa dengan masalah autisme sejak lahir bukan kekurangan untuk dia berjaya. Beliau berjaya bergelar seorang huffaz cemerlang dalam masa dua tahun tiga bulan sahaja berbanding tempoh pengajiannya selama tiga tahun.

Anak sulung kepada pasangan Zailani Ahmad, 49 tahun dan Hanes Mohd Nasir, 47 tahun ini berkongsi rahsia untuk berjaya dalam bidang hafazan Al-Quran. Katanya, “Jika ada kemahuan dan kesungguhan pasti Allah akan permudahkan jalannya.” Beliau sangat percaya bahawa kecacatannya bukan penghalang untuk berjaya bahkan semangat untuk terus berjaya dan cemerlang.

Gambar dari Harian Metro.

Selain itu, rahsia kejayaanya ialah beliau akan berusaha menghafal Al-Quran sebanyak satu muka surat dalam sehari. Bagi beliau pelbagai kesukaran yang perlu dihadapi pada awal pengajian kerana hanya mampu menghafaz satu muka surat Al-Quran sahaja berbanding rakan-rakan yang lain. Tetapi halangan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha menghafaz seperti teman-temannya yang lain.

Untuk menghadapi kesukarann ini juga, beliau memastikan Al-Quran sentiasa bersamanya. Beliau akan membawa Al-Quran ke mana sahaja, lama kelamaan beliau mampu menghafal beberapa muka surat sehari sehingga selesai. Bahkan, beliau sering mendapat bantuan rakan dan tenaga pengajar di Darul Quran dalam menghabiskan hafazannya.

Kesimpulannya, Ahmad Zahiruddin bin Zailani adalah bukti bahawa anak autisme juga mampu berjaya dalam bidang hafazan Al-Quran. Walaupun autisme ialah cacat yang melibatkan otak, tetapi apabila amalkan rahsia yang didedahkan oleh Ahmad Zahiruddin pasti anak-anak autisme juga boleh berjaya seperti anak tipikal bahkan lebih dari itu.

 

Rujukan:

  1. Sinar online.
  2. Harian Metro.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here