8 Tip Persediaan Menyambut Ramadan Al-Mubarak

“Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”.

0
31

Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut bulan paling bermakna dalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadhan. Apabila melangkah masuk ke bulan Rejab, seringkali kita berdoa, “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”. Namun, sejauh manakah persediaan kita? Di sini kami senaraikan beberapa persediaan yang mungkin membantu anda di luar sana.

1. Ganti puasa yang tertinggal di bulan Ramadan yang lepas
Sebagai umat islam, kita tidak terlepas diuji dengan ujian kesihatan. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kita tidak terlepas mendapat ujian ini. Oleh itu, sebelum melangkah ke bulan Ramadan kali ini, pastikan kita mengganti terlebih dahulu puasa yang tertinggal pada Ramadan yang lepas.

2. Bermula puasa sunat Isnin dan Khamis
Kepada yang baru mencuba untuk penuhkan puasa pada kali ini, tahniah kami ucapkan. Semoga anda diberikan istiqamah dan kekuatan untuk menempuhinya. Namun, sebelum beberapa cara boleh dilakukan seperti bermula puasa isnin dan khamis. Kaedah ini amat sesuai untuk anak-anak yang baru bermula untuk puasa penuh. Kaedah ini juga amat sesuai kepada saudara baru kita.

3. Mujahadah melakukan qiyamullail
Pada bulan Ramadan ini, pasti kita bertekad melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Pahala beribadah di bulan Ramadan jug akan dilipat-gandakan. Jadi sebelum tibanya bulan Ramadan, cubalah membiasakan diri untuk bangun malam untuk bertahajud. Apabila kita sentiasa melazimi dengan tahajud, Insha Allah tiada masalah lagi untuk kita bangun malam untuk beribadah di bulan Ramadan nanti.

4. Makan dalam kuantiti yang sederhana dan elakkan pembaziran
Sepertimana yang kita tahu, masuk sahaja bulan Ramadan pasti banyak bazar Ramadan yang dibuka. Pelbagai jenis makanan dan beraneka warna dijual. Bagi yang tidak dapat mengawal nafsu makan, jika mampu dibeli semua pasti akan beli. Maka akan berlakulah pembaziran. Boleh membeli juadah di bazar Ramadan. Cumanya bersederhana dan jangan berlebihan. Oleh itu, bermula dari sekarang ajarlah diri makan secara sederhana. Bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran malah, dapat menyihatkan tubuh badan.

5. Mencari ilmu tambahan mengenai Ramadan
Sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadan, persiapkanlah diri kita dengan ilmu-ilmu fiqh. Contohnya, perkara apa yang boleh membatalkan puasa, perbuatan apa yang menjadi makhruh, dan juga perkara-perkara ibadah apa yang sunat dilakukan. Ini bukan sahaja menjadi pengetahuan baru untuk diri sendiri, malah untuk keluarga dan orang sekeliling.

6. Buat persediaan Aidilfitri lebih awal
Sudah menjadi adat apabila memasuki bulan Ramadan, pasti persiapan untuk sambutan Aidilfitri dilakukan. Banyaklah kedai-kedai yang membuat promosi baju raya, kuih raya dan sebagainya. Disebabkan ini secara tidak langsung kita ibadah kita akan terganggu. Bukankan fokus kita di bulan Ramadan adalah untuk beribadah? Jadi kita perlu merancang sebaik-baiknya. Tukang jahit sebagai contoh. Sepertimana yang kita tahu, tugas seorang tukang jahit amatlah sibuk. Lagi-lagi apabila hampir dengan aidilfitri. Jadi sebagai solusi, tukang jahit haruslah mengambil tempahan lebih awal dan menutup tempahan sepanjang bulan Ramadan. Ini akan memberi masa dan ruang untuk fokus beribadah.

7. Rancang bersama keluarga aktiviti sepanjang Ramadan
Kita tahu sepanjang bulan Ramadan, tugas, kerja dan waktu sekolah anak-anak berjalan seperti biasa. Jadi sebagai seorang individu ataupun ibu bapa kita harus mempunyai rancangan supaya tiada alasan untuk tidak menghayati Ramadan. Rangka aktiviti sepanjang Ramadan.

Contohnya, tadarus Al-Quran sebelum berbuka. Selepas maghrib bersiap ke masjid untuk solat isyak dan solat sunat tawikh. Qiyamullail juga boleh dilazimi sebelum bersahur. Pada waktu cuti, kita boleh berbuka di masjid atau jelajah msjid. Selain kita boleh bergaul dengan masyarakat, kita juga boleh memberikan pengalaman baru untuk anak-anak.

8. Membuat checklist sepanjang Ramadan
Membuat checklist adalah jalan terbaik sepanjang Ramadan. Tujuan utama checklist ialah untuk membantu dan menjadikan hari-hari kita lebih teratur. Di samping ibadah kita dapat ditingkatkan dari hari ke hari serta memperbaiki ibadah dan akhlak kita.

Banyak lagi tip-tip yang boleh diamalkan selain 8 tip di atas. Semoga tip-tip ini sedikit sebanyak membantu anda semua.

Ramadan kareem!

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here