3 Rahsia Dapat Pahala Mudah Dengan Buka Facebook Sahaja.

Malaysia kini mempunyai lebih 18 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakan laman sosial popular Facebook-laporan dari Sinar Online.

0
18

Data yang dilaporkan oleh Sinar Online membuktikan majoriti masyarakat di Malaysia mempunyai akaun Facebook masing-masing. Bahkan, ada juga individu yang mempunyai akaun Facebook melebihi satu akaun.

Penulis akan berkongsi kepada semua cara mendapat pahala mudah dengan hanya buka Facebook anda sahaja:

1. Buka akaun Facebook niat untuk tolong-menolong membuat kebajikan dan takwa.
Kita cuba berusaha untuk membuat kebajikan dan takwa kepada rakan-rakan Facebook kita, elakkan daripada melakukan dosa dan permusuhan.

Maksud melakukan kebajikan di sini ialah kita sentiasa post di Facebook dengan menggunakan perkataan yang baik, iaitu perkataan yang menenangkan hati apabila pembaca membacanya. Kita boleh post kata-kata nasihat, pengalaman dan sebagainya yang bermanfaat untuk semua.

Takwa pula ialah membuat perkara yang Allah suruh ataupun suka dan meninggalkan laranganNya. Allah suka kita berkongsi ilmu dan membuat kebaikan. Dengan adanya teknologi Facebook ini, mudah sahaja untuk kita kutip pahala, setiap share yang bermanfaat pasti akan mendapat ganjaran yang setimpalnya.

2. Memberi manfaat kepada seluruh manusia dan negara.
Facebook antara nikmat yang sangat bagus untuk orang yang berakal dan berilmu sebab mereka mampu guna Facebook ini untuk memberi manfaat kepada seluruh dunia. Pernah tak kita terfikir, apabila kita kongsi sesuatu tip seperti tip melahirkan anak huffaz Al-Quran, kemudian orang yang membaca post kita ialah orang yang berada di Indonesia dan dia amalkan tip kita. Alangkah bagusnya begitu, pahala kita sentiasa mengalir kan?

3. Tempat untuk memberi peringatan.
Pembaca yang budiman, Facebook ini bukan tempat untuk kita buang kebaikan kita, tapi Facebook adalah ladang untuk kita buat pahala. Tidak semua dilahirkan untuk berani berbicara, jadi Facebook boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita memberi peringatan. Namun, diingatkan kita seharusnya memberi peringatan dengan hikmah iaitu secara bijaksana seperti gunakan gaya bahasa yang lembut.

Kesimpulannya, dengan majunya teknologi di era ini, lagi maju pahala yang harus kita kutip. Kita jadikan amalan kita, setiap hari post satu ilmu. Moga artikel ini bermanfaat untuk semua. Selamat membaca.

RUJUKAN:
Buku Facebook Ahkam Wa Adabuhu karangan Ali Muhammad Syauki.

 

BONUS UNTUK PEMBACA:
– Dosa ialah setiap maksiat yang kita lakukan, apabila kita lakukan rasa gelora di dada dan manusia tak suka perbuatan kita tu.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here