Inovasi Menakjubkan! Saintis Mampu Hasilkan Telur Manusia Dalam Makmal, Bagaimana Al-Quran Bercerita Ilmu Embriologi.

0
12

Eksperimen menggemparkan baru-baru ini apabila para saintis dari Britain dan Amerika Syarikat berjaya menghasilkan telur manusia buat pertama kalinya dalam makmal, dari peringkat tisu ovari sehinggalah ia matang sepenuhnya. (Sumber dari Astro Awani).

Beberapa imej yang dibesarkan menunjukkan telur manusia dalam beberapa peringkat pertumbuhan

Sebelum ini, proses yang sama juga telah dijalankan namun hanya menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji. Mengikut pandangan saintifik, ilmu yang membincangkan proses kejadian embrio dalm rahim dinamakan sebagai ilmu embriologi. Perkembangan telur manusia ini dinamakan sebagai embriologi.  Fasa-fasa perubahan embrio dalam Rahim tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tanpa bantuan alat-alat yang canggih manusia tidak dapat mengetahui proses perkembangan bayi dalam Rahim secara terperinci. Dalam dunia moden ini, perbincangan paling awal berhubung dengan perkembangan embrio dalam Rahim ibu hanya berlaku pada abad kelima belas Masihi, sedangkan Al-Quran memperincikan lebih awal lagi.

Allah s.w.t. menyatakan :

“Wahai manusia apabila kamu meragui Hari Kebangkitan maka ingatlah Kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nuthfah.”

(Surah al-Haj, ayat 5)

Dalam surah as-Sajdah pula Allah menyatakan:

“Dia yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakan kejadian manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu daripaa sari pati air yang lemah.”

(Surah as-Sajdah, ayat 7-8)

Dunia telah melepasi satu kajian demi satu kajian untuk memodenkan kajian. Saintis berkenaan yang menerbitkan hasil kajian mereka dalam jurnal Molecular Human Reproduction memaklumkan, kejayaan mereka ini satu hari nanti akan membantu terapi ubat regenaratif dan rawatan kemandulan. Dalam hal ini, Islam tidak akan menghalang sekiranya bertujuan untuk merawat penyakit. Dalam kajian terdahulu melaporkan, saintis-saintis menghasilkan telur tikus di dalam makmal dari saat haiwan itu mengeluarkan benih. Hasilnya, kajian juga pernah berjaya mematangkan telur manusia daripada peringkat pertumbuhan yang lewat.

Namun hasil kajian terbaru ini dilaksanakan di dua pusat kajian melibatkan sebuah hospital di Edinburgh dan Pusat Pembiakan Manusia di New York. Kajian itu merupakan pertama kali dilakukan melibatkan penghasilan telur di luar badan manusia dari peringkat awal sehingga ia matang sepenuhnya.

“Kemampuan menghasilkan telur manusia sepenuhnya di makmal akan meluaskan skop rawatan kesuburan. Kami kini mengoptimiumkan keadaan yang boleh menyokong pertumbuhan telur dengan kaedah ini dan mengkaji bagaimana tahap kesihatannya,” menurut Evelyn Telfer, salah seorang saintis.

Apa yang ingin ditekankan di sini, kajian ini turut perlu diberi peringatan adalah masih banyak yang perlu dilakukan sebelum telur manusia yang dihasilkan di dalam makmal. Teknologi ini masih berada di peringkat awal dan teknik yang terlibat perlu dijamin selamat dahulu sebelum meneruskan proses seterusnya. Islam melarang umatnya yang melakukan sesuatu sehingga memudaratkan tubuh badan.

Proses persenyawaan mengikut Imam Qurtubi dalam Al-Jami’ li Ahkamil Quran, nuthfah bermaksud “air mani’. Air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki. Allah tidak menjelaskan bahan yang bercampur dengan air mani semata-mata. Tafsiran yang sama juga dinyatakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, Al-Hassan dan Rabie’ bin Anas. Hal yang demikian memberi peluang kepada umat islam mengkajinya. Hal ini juga dijelaskan dalam kitab Imam Qurtubi.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here