‘Abang, tak penat ke sambung belajar lagi? Master dan PhD Bukan Senang!’

Penat Ketika Belajar Adalah Alasan, Malas Belajar Adalah Satu Kerugian.

0
16

 “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan dapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, bila engkau menghadari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie

Fenomena popular yang dihadapi oleh graduan-gaduan universiti pada zaman ini adalah sama ada meneruskan pengajian ke peringat lebih tinggi atau terus menjadi pekerja sepenuh masa atau mungkin juga terus berada di rumah. Kebiasaannya, keinginan untuk tidak bekerja dan tidak meneruskan pengajian kebanyakannya dihadapi oleh wanita setelah tamatnya graduasi di peringkat sarjana muda.

Kita sudah sedia maklum bahawa pilihan untuk terus bekerja akan menjanjikan pendapatan dan pengalaman jika sesuai dengn kelayakan kita walaupun begitu bagaimanakah caranya untuk kita terus menambahkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dan nilai diri? Jawapannya ialah dengan menyambung pengajian ke pascasiswazah.

Memandangkan ramai dari kalangan kita masih terpinga-pinga untuk membuat keputusan, kita perlu sedar keperluan masyarakat di luar sana yang masih tercari-cari pendidik yang hebat yang sesuai untuk mereka mengaut ilmu.  Walaupun suasana pengajian di peringkat sarjana atau Phd yang menjanjikan cabaran yang hebat, semua itu adalah satu bentuk pendidikan secara tersembunyi yang menjamin kebahagiaan.

Kita sering lihat sebagai seseorang yang mengalami proses pascasiswazah mungkin nampak kepenatan dalam belajar. Tetapi percayalah, ada kepuasan di sebalik segala cabaran yang dihadapi.

Kepuasan dari mana kita akan rasai? Kepuasannya adalah apabila kita berjaya menjadi seorang yang mampu menempuh  segala cabaran yang datang sama ada berat mahupun ringan.  Jika ingin dibandingkan dengan pengajian di peringkat sarjana muda yang lebih umum dan bersifat asas, golongan pascasiswazah akan cuba menguasai bidang pengajiannya dengan lebih mendalam dan terarah. Hal ini kerana, teori-teori yang telah dipelajari akan menjadi asas untuk memahami perkara-perkara baru yang mungkin lebih rumit.

Seterusnya, sesetengah dari kita belum bersedia untuk memasuki alam kerjaya dan menginginkan gred yang lebih tinggi untuk memasuki gerbang pekerjaan. Hal ini amat positif jika direnungi kerana cabaran ekonomi pada masa ini menarik ramai dari golongan yang melalaui pengajian pascasiswazah ke peringkat sarjana dan seterusnya ke peringkat doktor falsafah. Bertepatan dengan satu sabda Rasulullah s.a.w.;

“Tidak ada pemberian orang tua kepada anak yang lebih utama daripada pendidikan yang baik. (Hadith direkodkan oleh at-Tirmidzi)

Kesimpulannya, tidak perlu untuk bimbang akan cabaran yang mendatang. Hal ini kerana, Sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian pascasiswazah, kita boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar terlebih dahulu mengenai bidang kajian yang akan kita pilih.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here