Pemuda Yang Mempunyai Strategi Rahsia Untuk Menakluk Dunia

Albert Einstain sendiri menyebut “imaginasi lebih berkuasa daripada pengetahuan “. Setiap strategi yang lahir adalah hasil dari imaginasi dan semangat yang tidak putus untuk mengkaji.

0
32

Hishamuddin Rais dalam buku Mahasiswa Dahulu dan Sekarang menyebut hanya orang muda yang berani mampu mengubah sejarah. Dalam hidup ini ada dua pilihan. Hidup sekadar bernafas ataupun hidup bagi mengukir sejarah.

Kisah seorang pemuda dalam lipatan sejarah Islam, Sultan Muhammad Al Fateh yang digelar sang pembuka kota Konstantinopel. Seorang pemuda yang mempunyai kuasa imaginasi dan strategi hebat bagi menakluk kota konstantinopel.

Albert Einstain sendiri menyebut “imaginasi lebih berkuasa daripada pengetahuan “. Setiap strategi yang lahir adalah hasil dari imaginasi dan semangat yang tidak putus untuk mengkaji.

Strategi utama yang menjadi pendorong kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya ketika menakluk kota konstatinopel adalah visi yang jelas. Sultan Muhammad Al-Fateh terus berimaginasi dan melukis visi serta impiannya dengan jelas menyebabkan beliau tidak mampu tidur malam beberapa hari bagi memikirkan strategi menumbangkan konstantinopel.

 “ Apabila kita mempunyai visi yang jelas, kita tidak lagi mempunyai masa bersarapan pagi”.

Bill Gates

Kuasa imanginasi yang dicampur dengan semangat yang membara untuk menawan kota konstantinopel.

Nabi Muhammad s.a.w. juga orang yang strategis. Baginda sentiasa memikirkan strategi untuk menyebarkan dakwah. Rasulullah s.a.w. mempertontonkan kepada kita strategi memaksimakan potensi untuk meninggikan Islam. Strategi Rasulullah s.a.w. bilamana baginda keluar berhijrah ke madinah bersama Abu Bakar ini memberi suntikan semangat kepada para pemuda supaya tidak gentar menghadapi musuh, akan tetapi berhadapan dengan musuh dengan penuh kebijaksanaan.

Allah berfirman :

 لَقَدۡ كَانَ فِي قَصَصِهِمۡ عِبۡرَةٞ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِۗ مَا كَانَ حَدِيثٗا يُفۡتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِي بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ كُلِّ شَيۡءٖ وَهُدٗى وَرَحۡمَةٗ لِّقَوۡمٖ يُؤۡمِنُونَ ١١١

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman

(surah yusuf : 111)

Antara strategi yang dirancang oleh sultan Muhammad Al Fateh dalam menakluk kota konstantinopel, beliau mampu mengemukakan penyelesaian di luar kotak pemikiran biasa.

  1. Cabaran pertama kota konstantinopel dikelilingi tujuh bukit semula jadi dan keadaan muka bumi yang sukar bagi menggerakkan alat-alatan gergasi seperti meriam. Sultan Muhammad Al Fateh menyediakan 150,000 tentera Uthmaniah dengan komando-komando terlatih bagi perang tempur dan mengendalikan perang di kawasan sukar.
  2. Dua pertiga sempadan kota konstantinopel adalah laut, maka Sultan Muhammad Al Fateh ,menyediakan 120 kapal laut Uthmaniah.
  3. Kota konstantinopel mempunyai benteng kebal, tembok luar setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter, tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan setebal 15 meter. Sultan Muhammad Al Fateh mendatangkan pakar senjata dan logam bagi mencipta meriam gergasi Urban dengan berat 700 paun, ditarik 100 ekor kuda dan 100 orang tentera. Setiap tembakannya menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.
  4. Terdapat 300 hingga 400 jaring besi menghalang ke Tanduk Emas (Golden Horn). Sultan Muhammad Al Fateh mengkaji ruang-ruang di atas darat, keadaan geografi dan hutan tebal serta pergerakan arah angin di sekitar Galata dan Tanduk Emas (Golden Horn). Membina Rumeli Hissari bagi menghalang daripada diserang.
  5. Tentera sultan Muhammad Al Fateh menghadapi cabaran dan risiko pengalaman perang komando-komando Byzantium dalam pertempuran darat dan laut serta potensi bantuan daripada Kesatuan Kristian Eropah. Sultan Muhammad Al Fateh memastikan 150 ribu tentera Uthmaniah dan 280 kapal laut berjaga di seluruh wilayah Uthmaniah yang lain bagi mengelakkan serangan mengejut daripada pakatan Byzantium ke seluruh Eropah.

Sentiasa memastikan aspek motivasi tentera terjaga seperti peranan ulama dalam barisan perang dan gendang.

Mengkaji faktor kekalahan pimpinan terdahulu.

Memilih tempoh kempen penawanan yang strategik daripada sudut geologi dan astronomi. Sultan Muhammad alfateh tidak mahu kesalahan seperti yang dialami para pendahulunya.

Selain itu, beliau mencari informasi mengenai kota tua konstantinopel itu dalam pelbagai karya klasik.Akhirnya sultan menemui mitos rakyat konstantinopel yang percaya nasib mereka dilindungi kekuatan bulan purnama.

Demikianlah kehebatan strategi seorang pemuda yang menakluk kota konstantinopel walaupun telah 29 kali percubaan oleh tentera lain untuk menakluk kota tersebut gagal. Akhirnya kota tersebut jatuh ke tangan Sultan Muhammad Alfateh, seorang pemuda yang hebat merancang dan berimaginasi dalam merealisasikan impiannya menakluk kota konstantinopel. Kisah ini mengajar kita bahawa kejayaan tidak datang bergolek, ia memerlukan semangat dan usaha yang kental daripada diri sendiri. Kesusahan yang sedikit hari ini memberikan kesenangan yang berpanjangan untuk masa hadapan.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here