hariri 21 August 2009

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana dipanjangkan usia untuk sekali lagi berada dalam Madrasah atau Bulan Ramadhan. Bulan dimana Rasulullah, para sahabat, Tabi’ Tabiin dan hamba soleh merinduinya. Bulan ramadhan merupakan bulan istimewa yang dikurniakan oleh Allah untuk hambanya ditarbiyyah, diasuh dan diberi peluang untuk merebut pahala yang dijanjikan Allah.

Allah berkata dalam AlQuran " Wahai orang-orang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertqawa" (Al-Baqarah : 183).

Jom masuk KeUniversiti Ramadhan

Baca lagi
hariri 21 August 2009 Komen Diterima:0

Anjuran : Agama Islam yang mulia

Penyertaan : Semua Umat Islam

Pensyarah / Tutor : Para Ulama’, Ustaz, Ustazah

Kuliah Wajib : Puasa bermula terbit matahari hingga terbenam matahari, menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan Zakat Fitrah.

Kelas Tutorial : Solat Sunat Terawih, Bersedekah, Qiamullail, Bersahur, Tadarus Al-Quran, Zikrullah, Mendengar kuliah agama dan lain-lain aktiviti bermanfaat.

Kelas Istimewa : Malam Lailatul Qadar

Ujian Harian : Nafsu ( Syaitan & Iblis telah pun dirantai )

Panel Penilai : Allah S.W.T

Pencatat Markah : Para Malikat dikiri dan kanan

Konvokesyen : Menerima Ijazah TAQWA

Jangan lepaskan peluang masuk ke dalam Universiti Ramadhan kali ni. Kalau terlepas, takut-takut tidak dapat masuk lagi tahun hadapan. Lakukan bersungguh-sungguh ;-)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN Al-MUBARAK dari kami PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd.

blog comments powered by Disqus