Imran
10 February 2010 
Buku Biografi Muhammad bin Abdullah karangan Prof. Dato' Dr. Zulkifli Bin Mohd Yusoff dan Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Binti Abdul Rahman yang baharu diterbitkan pada Januari 2010 habis pada awal Februari 2010. Bukuini diterbitkan sempena promosi Maulidur Rasul 1431H bermula dari 1 hingga 28 Februari 2010. Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh didapati di www.pts.com.my/maulud
Buku ini mengisahkan suka duka kehidupan nabi Muhammad sebagai seorang Utusan Tuhan bermula dari kehidupan Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail yang membawa keturunan hingga kepada Nabi Muhammad di Makkah. Turut dimuatkan adalah kehidupan bangsa Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan sejarah kemasukan agama Yahudi, Kristian dan penyembahan patung ke Makkah. Aliya Yeoh Abdullah, seorang pendidik memberi komenter mengenai buku ini, "Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.”
Buku setebal 496 muka surat, berkulit tebal berharga RM35 boleh didapati di kedai-kedai buku utama ataupun boleh didapati melalui www.bookcafe.com.my.
Imran
10 February 2010
Komen Diterima:0