Imran 03 March 2010

Ahli akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2010 Masehi /1431 Hijrah.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Yang diPertuan Agong, DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah al-Haj yang menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya pada 26 Februari 2010.

Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid menerbitkan dua buku di bawah terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. iaitu Apa Kata Islam Mengenai Manusia dan Alam dan Bagaimana Islam Memimpin Masyarakat Majmuk.  PTS Islamika Sdn. Bhd. mengucapkan tahniah kepada beliau sempena anugerah tersebut.
 


Baca lagi
Imran 03 March 2010 Komen Diterima:0
blog comments powered by Disqus