Imran
05 March 2010 

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL10) semakin panas. Dengan berbaki kurang daripada 14 hari, banyak judul baharu yang disenaraikan bakal meletup diteliti bagi memastikan kepuasan pembaca dari sudur harga dan kualti bacaan.
PTS ISLAMIKA SDN. BHD. tidak ketinggalan dalam membariskan top list judul yang bakal berentap. PBAKL 2009 menyaksikan buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung karangan Muhammad Alexander @ Winsu Sasongko menyaksikan kejutan dengan jualan melebihi 1000 naskah dalam masa lima hari. Pada PBAKL 2010 ini, penulis buku ini tampil bagi menyambung buku beliau mengenai Zulqarnain yang menjumpai kaum Yakjuj dan Makjuj serta menjawab persoalan siapa Zulqarnain yang sebenarnya.
Selain itu, PTS ISLAMIKA juga menampilkan buku-buku terbaru antaranya:
1. Kamus al-Quran karangan barisan panel penulis antaranya Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff.
2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia karangan Sabaruddin Hussein.
3. MARIA karangan Emine Senliklogu. Buku bestseller di kalangan pelajar Mesir suatu ketika dahulu.
4. SHAHADAH GADIES ATEIS karangan Imran Haaz
5. YOUNG AISHAH: SUMMER CAMP karangan Saridah Hamid/ Reja
dan banyak lagi...
Kunjungi Booth PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD. di No. Booth C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai), PWTC.
Mahu kupon diskaun istimewa? Klik www.pts.com.my/pestabuku.




