Faris 02 June 2010

Struktur organisasi Islamika berubah dengan penstrukturan dan penyusunan semula jawatan beberapa staf yang berkuatkuasa 1 Jun 2010. Ini berikutan dengan perpindahan pengurus penerbitan PTS Islamika, En Faris Hasbullah untuk mengetuai unit baru Kumpulan PTS iaitu PTS Darul Furqan Sdn Bhd. Turut menyertai unit baru itu adalah editor pengurusan (unit rujukan) Islamika iaitu En Fariz Firdaus.


Baca lagi
Faris 02 June 2010 Komen Diterima:0

Struktur organisasi Islamika berubah dengan penstrukturan dan penyusunan semula jawatan beberapa staf yang berkuatkuasa 1 Jun 2010. Ini berikutan dengan perpindahan pengurus penerbitan PTS Islamika, En Faris Hasbullah untuk mengetuai unit baru Kumpulan PTS iaitu PTS Darul Furqan Sdn Bhd. Turut menyertai unit baru itu adalah editor pengurusan (unit rujukan) Islamika iaitu En Fariz Firdaus.

Editor Senior Perolehan PTS Islamika iaitu En Imran Azmi, diberi amanah mengetuai PTS Islamika sebagai pemangku pengurus penerbitan.

Beberapa jawatan baru juga dibuka bagi menyusun semula unit-unit di bawah Islamika. Jawatan yang kosong ini bakal dipenuhkan oleh editor-editor baru yang akan masuk dalam tempoh terdekat. Beberapa unit di bawah Islamika disusun semula seperti berikut:


PENGURUS PENERBITAN

En Imran Azmi

 

1) UNIT POPULAR & RUJUKAN:
Editor Senior: En Rohidzir Rais
Editor Pengurusan I: Zahiruddin Zabidi
Editor Pengurusan II: (Tiada)
Desainer: (Tiada)

2) UNIT AMALAN DAN KLASIK
Editor Perolehan: Md. Amirol Bin Ibrahim
Editor Pengurusan: (Tiada)

3) UNIT KANAK-KANAK & REMAJA
Editor Senior: (Tiada)
Editor Pengurusan: Puan Asyuuran Jalalludin

4) UNIT ENSAIKLOPEDIA
Editor Pengurusan: (Tiada)

Semoga dengan struktur organisasi baru ini PTS Islamika akan terus meluncur laju menyebarkan syiar Islam, memandaikan bangsa dan mengangkat martabat ummah. Wallahu’alam

blog comments powered by Disqus