Imran 21 June 2010

Rejab datang lagi. Walaupun dunia sedang dihangatkan dengan Piala Dunia FIFA, umat Islam tetap sudah menghampir Ramadan yang tinggal lagi sebulan lebih. Biasanya, trend umat Islam bertukar daripada membaca kepada melakukan ibadat khusus dan berjual beli bagi menyambut waktu berbuka puasa dan hari raya. Ini berlainan dengan sesetengah tempat yang menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan membaca yang menambah ilmu mengenai menyucikan hati dan memantapkan amal ibadat.

Pada tahun ini, PTS menerbitkan lebih 20 judul baharu dengan dengan menjenamakan semula Baca@Ramadan dan kempennya bergerak ke seluruh negara. Ia mencakupi pelbagai genre termasuk untuk bacaan bakal jemaah haji, remaja dan kanak-kanak. 
PTS Islamika turut terlibat dengan Promosi .(JavaScript must be enabled to view this email address). Antara judul baharu yang sedang dan bakal disajikan adalah:
1. Diari Ramadan
2. Adab Ramadan 
3. Peristiwa Bersejarah Ramadan
4. Travelog Haji Edisi Baharu
5. Pembimbing Ke Tanah Suci
6. Travelog Haramain
6. Travelog Shahadah 
7. 101 Akhlak Rasulullah
Selain itu, terdapat juga judul-judul seperti:
1. Ramadan: Tetamu yang Dirindui
2. Himpunan Soal Jawab Puasa
3. Young Aishah: Ponteng Puasa.
PTS Islamika juga turut menerbitkan buku yang bakal menghangatkan lagi suasana Hari Raya dengan buku Armageddon: Kiamat 2012 karangan Muhammad Alexander, penulis bestseller Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung dan Alexander adalah Zulqarnain. 
Kini, peluang membaca di bulan Ramadan sudah terbuka dengan luasnya. Selain membaca, pihak tertentu juga boleh membuat wakaf dengan menghadiahkan buku-buku amalan PTS kepada badan-badan yang memerlukan harga yang istimewa. Selamat membaca dan selamat beramal.

       

 


Baca lagi
Imran 21 June 2010 Komen Diterima:0
blog comments powered by Disqus