Imran 22 July 2010

Awal pagi tadi berlangsungnya siaran langsung promosi Baca@Ramadan melalui rancangan bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. 

Rancangan bual bicara itu memaparkan buku-buku yang dihidangkan kepada peminat buku sempena Ramadan ini. 

Turut hadir, penulis buku Peristiwa Bersejarah Ramadan keluaran PTS Islamika, Ustaz Zamri Zainal Abidin yang memperkenalkan buku beliau sempena program .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Beliau juga ditemani Eksekutif Hubungan Media PTS, Tuan Roslan Md Isa bagi membicarakan lanjut mengenai program Baca@Ramadan yang telah dilaksanakan oleh PTS bagi memeriahkan Ramadan ini.

Pengacara MHI, Tuan Ally Iskandar turut bersemangat dalam mempromosikan Baca@Ramadan keluaran PTS bagi memeriahkan Ramadan dan memandaikan bangsa. 

Program yang berlangsung kira-kira jam 8 pagi tadi yang disiarkan di seluruh Malaysia memaparkan program Baca@Ramadan dalam proses PTS memandaikan bangsa dengan membaca buku-buku yang memberi ilmu dan manfaat.

Selain buku Peristiwa Bersejarah Ramadan, turut diperkenalkan 101 Akhlak Rasulullah keluaran PTS Islamika yang sesuai dibaca oleh kanak-kanak dalam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Sama-sama kita memeriahkan Ramadan kali ini dengan membaca buku yang mempunyai ilmu yang boleh diamalkan dalam menjalani ibadah puasa kali ini.


Baca lagi
Imran 22 July 2010 Komen Diterima:0
blog comments powered by Disqus