Abdullah Hassan

Abdullah Hassan, B.A., M.A. (Mal.), Ph.D. (Edin.) Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris Lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Semanggol dan Teluk Intan, dan menengah di STAR Ipoh. Beliau mendapat ijazah Ph.D. dalam bidang Linguistik dari University of Edinburgh, Scotland (1972); dan M.A. (1969), B.A. (1967) dalam Linguistik Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. Dr. Abdullah memulakan kerjaya akademiknya di Bahagian Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada bulan Mei 1972. Beliau berkhidmat di USM selama 25 tahun (Mei 72 - Mac 1997). Jawatan terakhir beliau di USM ialah Profesor Bahasa Melayu. Kemudian beliau menjadi Profesor Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur selama 4 tahun, (Julai 1997 - Jun 2001). Sekarang beliau memegang jawatan Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi di Fakulti Bahasa, UPSI, sejak Julai 2001. Bidang pengajaran dan penyelidikan beliau ialah: Bahasa Melayu, Perancangan Bahasa, Perkamusan, Teknik Berfikir, Terjemahan, Etik dalam Pengurusan dan Komunikasi Interpersonal. Beliau pernah mendapat penghormatan anatarabangsa apabila diberi Zamalah Fullbright-Hays sebagai profesor kunjungan di Universiti California, Berkeley (1979, pensyarah perunding untuk terjemahan di Regional Language Centre, Singapura (1980) dan pemegang ke-4 Kerusi Tun Razak, di Universiti Ohio, Athens, AS, (1997-1999). Beliau telah menulis 27 buah buku mengenai bahasa, tatabahasa dan linguistik, dan menterjemah 11 buah buku. Di samping itu, bersama isteri beliau Ainon Mohd. Mereka telah menghasilkan 10 buku (berfikir), 8 (komunikasi), dan 10 (kamus). Dalam perjuangan bahasa Melayu, beliau memperjuangkan bahasa Melayu, terutamanya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan pentadbiran. Dr. Abdullah adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, dan Sahabat Alam Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia. Beliau dan isterinya, Ainon Mohd., tinggal di Janda Baik. Di samping berkarya, mereka memberi khidmat kepada tiga projek amal di kampung tempat mereka tinggal, iaitu (1) masyarakat orang asli dan (2) melatih pendakwah dan sukarelawan muda, dan (3) sekolah tahfiz. Nama: Abdullah bin Hassan Jawatan: Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi, Institusi: Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Tel: 05-4586168 Faks: 05-4583603 Mel elektronik: profdollah@upsi.edu.my Tarikh Lahir: 20 Mac 1942 Tempat Lahir: Teluk Anson (Teluk Intan), Perak. Warganegara: Malaysia. Taraf Perkahwinan: Berkahwin dengan Ainon Mohd. Alamat rumah: Lot 6147 Kampung Sungai Chemperuh, 28750 Bentung, Pahang, PENDIDIKAN 1. Doktor Falsafah, Linguistik, University of Edinburgh, 1969-1972 2. Sarjana Sastera, Peng. Melayu, Universiti Malaya, 1967-1969 3. Sarjana Muda Sastera, Peng. Melayu, Universiti Malaya, 1964-1967 4. Menengah: Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, 1955-1963 5. Rendah: Sekolah Melayu, 1948 - 1954 JAWATAN MENGAJAR 1. Profesor Bahasa Melayu dan Komunikasi, UPSI, 2001- 2. Profesor Komunikasi, UIAM, 1997 � 2001 3. Profesor Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, 1980 - 1997. 4. Profesor Madya, Unit Bahasa, USM, 1976 � 1980 5. Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, 1972 - 1975. 6. Tutor, Pengajian Melayu, UM, 1967-1969 JAWATAN MENTADBIR 1. Dekan, Pusat Penyelidikan, UIAM, 1999 - 2001 2. Dekan, Kul. Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, UIAM, 1998 - 1999 3. Dekan, Pengajian Lanjutan, USM, 1987 - 1987 4. Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, 1982 - 1986 5. Penyelaras, Unit Pengajian Bahasa, USM, 1972 � 1982 PENGAJARAN DAN PENYELIDIKAN 1. Linguistik, Kemahiran Bahasa Melayu 2. Tatabahasa: Sistem Sebutan dan Ejaan, Morfologi, dan Sintaksis 3. Semantik: Sistem Makna Bahasa Melayu, dan Perkamusan. 4. Sosiolinguistik: Taraf Bahasa, Ejaan, dan Istilah 5. Teori dan teknik menterjemah, penyuntingan 6. Kemahiran Berfikir: Kreatif, Kritis, Menyelesaikan Masalah, Mengajar Berfikir 7. Komunikasi: Interpersonal, dan Persuasi 8. Etika dan Nilai dalam Pengurusan 9. Etika dan Undang-Undang dalam Komunikasi BIASISWA DAN ZAMALAH 1. Biasiswa Perguruan Persekutuan, Universiti Malaya, 1964-1967. 2. British Commonwealth Scholarship, University of Edinburgh, 1969-1972. 3. Biasiswa Fulbright-Hays, Professorial Exchange Program, at Ohio University, Athens, and University of California, Berkeley, Januari - September 1979. 4. Kerusi Tun Abdul Razak di Pusat Pengajian Atarabangsa, Ohio University, Athens, September 1987 - Jun 1989. PENERBITAN a. Terjemahan 1. Nota Ringkas Terjemahan, Monograf, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 100 m.s., 1987. 2. Teori dan teknik Terjemahan, dgn Ainon Mohd. Kuala Lumpur: Persatuan penterjemah Malaysia, 2000 3. Teori dan Teknik Terjemahan, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: PTS Books, 2001 b. Buku yang diterjemahkan 1. Pola-Pola Kebudayaan (R. Benedict, Patterns of Culture, Boston: Houghton Miflin Company, 1934) Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970 (230 m.s.) 2. Sivik Tingkatan IV (Goon Satt Chee, Civics for Form IV) Petaling Jaya: Penertbit Fajar Bakti, 1977 (179 m.s.) 3. Mengajar Bahasa: Satu Pendekatan Saintifik (R. Lado, Language Teaching: A Scientific Approach) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980 (305 m.s.) 4. Idea Sejarah - penyunting (R.G. Collingwood, The Idea of History, Oxford: The Oxford University Press, 1980) diterjemahkan oleh Yusof Ibrahim, 1985 (429 m.s.) 5. Pendidikan Seratus tahun (A.D.C. Peterson, A Hundred Years of Education, The 100 Years Series, Gerald Duckworth & Co. Ltd. London 1952 (1960 Edisi Kedua); Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987 (327 m.s.) 6. Hak dan Kebebasan Untuk Mengetahui (DYMM Tuanku Raja Azlan Shah ibn al marhum Sultan Yusuf Muhibuddin Shah, The Right To Know) USM, 1987 7. Teori Komunikasi (Severin, W.J. & Tankard Jr. J.W. (1979) Communication Theories, Origins, Methods, Uses, Hastings House, Publishers, N.Y., 1978) dengan Vincent Lowe) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987 (405 m.s.) 8. Semantik (F.R. Palmer, Semantics, Cambridge: Cambridge University Press, 1985, Edisi Kedua) USM dan DBP, 1989 (247 m.s.) 9. Pengenalan Linguistik Teoretis (J. Lyons, Theoretical Linguistics, Cambridge: Cambridge University Press, 1968) Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993 (586 m.s.) 10. Perancangan Bahasa di Asia Tenggara (Abdullah Hassan, Language Planning in Southeast Asia, DBP, 1997) DBP 11. Nadi Jentera Pembangunan (Melayu -> Inggeris). Dokumen 600 halaman untuk Jabatan Perdana Menteri. (2002) c. Linguistik, Bahasa dan Tatabahasa 1 The Morphology of Malay, Kuala Lumpur: DBP, 1974. 2 Rencana Linguistik, (Peny.) Kuala Lumpur: DBP, 1978. 3 Linguistik Am, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 328 m.s. 1982. 4 Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1986. 5 Isu-Isu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: DBP, 1987. 6 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: DBP, 1987. 7 Tatabahasa Pedagogi, Utusan, 1993, 8 Tatabahasa Dinamika, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan, 1994. 9 Language Planning in Southeast Asia, (editor) DBP, 1994. 10 Nahu Melayu Moden, dgn Liaw Yock Fang, Shah Alam: Fajar Bakti 1994. 11 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain, 354 ms., Shah Alam: Fajar Bakti, 1997. 12 Perancangan Bahasa di Asia Tenggara, (editor & penterjemah) DBP, 2000. 13 Tatabahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu), Kuala Lumpur: PTS Publications, (2002) d. Kamus 1 Comparative Dictionary of Malay - Indonesian Synonyms, peyunting, (Penyusun: Leo Suryadinata, The National University of Singapore), Singapore: Times Publishing Group, 1991. 2 Kamus Ejaan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1992. 3 Kamus Peribahasa Lengkap, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1993. 4 Tesaurus Melayu Utusan, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1994. 5 Kamus Sinonim dan Antonim Melayu, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1995. 6 Kamus Peribahasa Inggeris-Melayu, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1995. 7 Kamus Pelajar Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1995. 8 Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu, dgn Ainon Mohd.,Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1996. 9 Kamus Simpulan Bahasa, Pahang: PTS Publications, 413 halaman (2002) 10 Koleksi Peribahasa Melayu Terindah, Pahang: PTS Publications, 244 halaman, (2002) 11 Kamus Peribahasa Kontemporari, Pahang: PTS Publications, 477 halaman (2002) 12 Kamus Seerti Bahasa Melayu, Pahang: PTS Publications, 253 halaman, (2001) 13 Tesaurus Bahasa Melayu, Pahang: PTS Publications, 344 halaman, (2001) e. Berfikir 1 Teknik Berfikir, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1993. 2 Pemikiran Rekacipta, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan, 1994. 3 Seni Berfikir Kreatif, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: Utusan, 1996. 4 Berfikir Secara Logikal dan Kritikal, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur; Utusan Publications, 1966. 5 Kemahiran Berfikir dan Belajar Untuk Maktab Perguruan, dgn Ainon Mohd., Utusan Publications, 1997. 6 Kursus Berfikir untuk Kolej dan Universiti, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: PTS Books, 2001 f. Komunikasi 1 Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: PTS Books, 2000 2 Mengendalikan Masalah dalam Hubungan Peribadi, dgn Ainon Mohd., Kuala Lumpur: PTS Books, 2001 3 Proceedings of the international Convention on the Role of Media in Non-Aligned Counries, IIUM, 2001. 4 Kemahiran Komunikasi Interpersonal untuk Guru, (dgn Ainon Mohd.), Bentung: PTS Publications, 2002 5 Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah (dgn Ainon Mohd.), Bentung: PTS Publications, 2002 SUMBANGAN LAIN a. Peringkat kebangsaan 1 Ahli seumur hidup, Presiden (2002 �?), Persatuan Penterjemah Malaysia, (1980 � sekarang); 2 Ahli seumur hidup, Persatuan Linguistik Malaysia, (1980 � sekarang) bekas Timbalan Presiden; 3 Ahli seumur hidup, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, 4 Ahli seumur hidup, Sahabat Alam Malaysia (1975- sekarang) 5 Ahli panel penilai hadiah buku akademik, Dewan Bahasa dan Pustaka, (2002 - sekarang) 6 Ahli Jawatankuasa Pemandu Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, (1996 � sekarang) 7 Ahli, Panel Penilai Buku Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia, (2002 - sekarang) 8 Ahli Majlis Buku Negara, (1997 � sekarang) 9 Ahli Jawatankuasa Menilai Sukatan Pelajaran Baru Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah, 2000-2001 10 Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, 1972-1996. 11 Ahli Jawatankuasa Kecil Penggubalan Sukatan Pelajaran Baru, bagi Bahasa Malaysia I untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, sejak 1986 � 1987; Timbalan Ketua Pemeriksan Kertas Bahasa Malaysia I, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, sejak 1984 - 1992. 12 Pemeriksa Luar, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1982-1985; Penilai Akademik, Ijazah Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, UPM, 1984/85; Pemeriksa Luar, Ijazah Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama, UPM, 1986/87; Penilai Akademik, Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, UUM, 1986 �1987; Pemeriksa Ijazah Bacelor Pendidikan, UPM, 1997. b. Peringkat Universiti 1. Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan 2. Pengerusi GECD Printing Sdn. Bhd. (anak syarikat UIAM) 3. Ahli Senat UIAM dan Ahli Majlis Dekan c. Ko-kurikulum 1 Askar Wataniah, PALAPES, USM, 1980 - 1991. (Pangkat Mejar), Pegawai Memerintah Batalion 1, Rejimen 509 Pulau Pinang 1991 - 1997, dan Pegawai Memerintah Batalion 1, Rejimen 505 Ampang 1997 - 1999 (Pangkat Leftenan Kolonel) 2 Penasihat Pelajar Perak, USM. 1982 � 1997; Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris, USM; Penasihat Persatuan Bahasa Melayu, USM 1990 � 1997 3 Ahli Persatuan Penulis, Kerian, Perak, (PENTAS); Ahli Persatuan Penulis Pulau Pinang, (3PNP). d. Masyarakat setempat 1. Ahli jawatankuasa Pendidikan Kampung, Janda Baik, Pahang. 2. Penyimpan Akaun, Sekolah Tahfiz, Janda Baik 3. Projek Masyarakat Orang Asli, di Janda Baik.