Ashadi Zain

Siapakah Ashadi Zain?
Ashadi Zain adalah konsultan usahawan, dengan tumpuan pada pembangunan usahawan muda. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai jurujual dan pernah memimpin lebih daripada seribu ejen jualan di bawah kumpulannya. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam beberapa rancangan radio, termasuk sebagai deklamator puisi.

Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Antaranya adalah dalam majalah Milenia Muslim. Novel beliau, iaitu Dari Kepala Batas ke New Haven juga disirikan dalam Utusan Malaysia. Pada tahun 2004 pula, buku beliau yang ditulis secara bersama dengan Dato’Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, iaitu Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan berjaya dinobatkan sebagai buku bisnes terbaik dalam majalah Maskulin. Sebuah lagi buku beliau, iaitu Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan turut tersenarai sebagai antara sepuluh buku bisnes terbaik.

Ashadi Zain sudah berjaya menghasilkan 14 buah buku, secara solo dan juga secara bersama dengan penulis-penulis lain. Hasil tulisan beliau adalah
seperti yang berikut:

1. Tip-tip Pengurusan Terbaru
Memaparkan tip-tip pengurusan yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat, terutamanya warga korporat.

2. Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan
Memaparkan idea-idea bisnes yang boleh diaplikasikan dengan segera.

3. Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan
Memaparkan tip-tip pembangunan diri bagi usahawan.

4. 66 Usahawan Malaysia
Memaparkan kisah kejayaan usahawan terkenal Malaysia.

5. 166 Tip Sales Efektif
Memaparkan 166 tip hebat bagi membantu semua jenis jurujual, sama ada konvensional, MLM, takaful, insurans, saham amanah dan sebagainya.

6. Siri Adam Kecil
Siri cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Debaran Buku Biru…
b. Lari Dari Rumah
c. Hampir Kena Tangkap
d. Bertarung Dengan Kerengga
e. Konspirasi Doktor

7. Siri Budak Psikik
Siri psychic fantasy yang sarat dengan misteri, aksi dan fantasi yang mendebarkan! Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Ke Alam Supraconscious
b. Dendam Hevignas

8. Semulia Hati Guru
Antologi certot (cerita kontot) mengenai insan mulia yang bergelar guru(berdasarkan kisah benar).

9. Dari Kepala Batas ke New Haven
Novel yang mampu menjana motivasi sesiapa jua yang membacanya.

Ashadi Zain boleh dihubungi di adam@ashadi.zzn.com atau psikik@ashadi.zzn.com
(blog: http://penulis-bestseller.blogspot.com/ )

PENGUMUMAN
“Ingin menjadi penulis? Inilah peluang yang terbaik untuk anda. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penyumbang cerita bagi siri Adam Kecil, sila emelkan nama anda ke adam@ashadi.zzn.com”