10 Amalan Ini Yang Patut Semua Wanita Lakukan Ketika Haid Untuk Mengawal Emosi Marah dan Meningkat Pahala.

Ada tak satu masa kita rasa macam gembira sangat, tiba-tiba kita rasa nak marah, 10 minit kemudian kita bertukar sedih, nak menangis dan pelbagai mood yang dapat kita rasa dalam tempoh masa sehari? Perkara ini sudah pasti semua wanita alami. Mood akan lebih teruk apabila waktu period nak tiba, betul tak?

0
22185

Waktu haid pula amalan kebiasaan yang kita lakukan seperti solat, baca Al-Quran, tawaf, jimak dan sebagainya tak dapat dilakukan. Pernah tak terdetik dalam hati kita,
“Aku ni dah la period, tak boleh solat, baca Al-Quran, pastu hari ni satu rumah aku nak mengamuk, apalah patut aku buat untuk dapat pahala juga?

Di sini penulis senaraikan kepada anda 10 amalan ini membantu anda mengawal emosi dan meningkatkan pahala:

1) Menghadirkan keikhlasan
Hal pertama yang mesti dilakukan oleh wanita haid adalah ikhlas menjalani haid dan ikhlas meninggalkan segala larangannya. Kita perlu sedar ketika kita meninggalkan amalan wajib yang disuruh Allah seperti solat, puasa sebenarnya kita sedang melaksanakan ketaatan kepada Allah. Amalan yang ikhlas, nilai timbangannya berat.

 

2) Berasa diawasi Allah
Ketika period kita sentiasa semat dalam hati dan fikiran kita bahawa kita berada dalam pengawasan Allah. Merasa adanya pengawasan Allah adalah benteng kukuh yang menghalang daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.

3) Muhasabah
Wanita haid perlu mengisi waktunya dengan bermuhasabah diri. Nilai keadaan satu ataupun dua tahun tahun yang lalu, kemudian bandingkan dengan tahun ini. Adakah berlaku peningkatan ilmu dan amalan ataupun tidak berlaku apa-apa?

4) Meniatkan kebiasaan sebagai ibadah
Hukum asal amalan adalah harus, tetapi kita akan mendapat pahala sekiranya diniatkan bagi memperkuatkan ketaatan kepada Allah. Sekiranya wanita haid meniatkan amalan yang menambahkan ataupun memperkuat ketaatan kepada Allah, amalan itu termasuk sebagai ibadah untuknya. Contohnya, kita niat tidur dan makan bagi menambahkan ketaatan kepada Allah, pasti kita akan mendapat pahala atas perbuatan-perbuatan itu.

 

5) Membaca zikir
Amalan membaca zikir ini perkara yang paling mudah untuk kita lakukan. Amalan ini tidak disyaratkan suci daripada hadas besar. Kita boleh melakukan zikir bila-bila masa sahaja. Zikir juga dapat membantu mood kita daripada marah bertukar menjadi tenang dan gembira.

6) Senyum
Satu ibadah yang mudah dilakukan oleh wanita haid adalah senyum kepada sesiapa yang dia bertemu. Menunjukkan wajah yang ceria dan kegembiraan hati sama nilainya dengan bersedekah.

7) Membantu orang lain
Peluang beribadah dengan fizikal untuk wanita yang sedang haid masih besar. Satu cara yang lain adalah membantu orang lain. Setiap hari kita pasti berhubung dengan manusia, pelbagai bentuk bantuan yang boleh kita berikan kepada manusia lain antaranya menunjukkan jalan, memberi idea dan sebagainya.

8) Taat kepada suami
Wanita yang memiliki suami pintu pahalanya terbuka luas meskipun sedang haid. Mengapa demikian para pembaca? Ini kerana, taat kepada suami dalam hal yang bukan maksiat, menyenangkan hatinya, serta menjaga harta dan kehormatannya dikira sebagai ibadah. Bahkan, semua amalan itu menyamai jihad yang dilakukan oleh kaum lelaki.

9) Bercinta dengan suami
Yang dilarang untuk wanita yang sedang haid ialah melakukan hubungan badan atau jimak (memasukkan kemaluan lelaki ke lubang faraj). Kita tetap boleh bercinta dengan suami kita ketika haid seperti bercium, bersentuhan dan berpelukan. Perbuatan itu termasuk ibadah anggota badan. Haid bukan halangan untuk suami ataupun isteri bagi bersenang-senaang asalkan tidak melakukan jimak.

10) Menjauhi perbuatan yang tidak bermanfaat
Antara perbuatan tidak berguna yang perlu dijauhi oleh wanita yang sedang haid adalah menghabsikan masa dengan menonton televisyen, mengumpat orang lain serta membuang masa di tempat membeli –belah dan hiburan. Hal yang tidak berguna seperti ini dapat menurunkan keimanan wanita yang sedang haid. Sebaliknya meninggalkan hal-hal yang tidak berguna itu akan meningkatkan iman dalam hati.

Kesimpulannya, inilah amalan yang patut semua wanita lakukan ketika haid untuk mengawal emosi marah dan meningkat pahala. Amalan yang mudah namun kesannya sangat besar.

Jom sama-sama kita kongsi amalan ini agar kawan-kawan kita yang period itu mood sentiasa gembira dan tak marah kita.

10 Amalan Ini Yang Patut Semua Wanita Lakukan Ketika Haid Untuk Mengawal Emosi Marah dan Meningkat Pahala dipetik dari
buku Amalan 24 Jam Wanita Haid, ditulis oleh Fahrur Muis.